Jauh. Itulah yang bermain difikiran sewaktu ingin pergi ke Kelantan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan iparku. Kenapa di cari pasangan yang tinggal terlalu jauh. Bukankah nanti sukar untuk balik kampung dan sebagainya? Pasti masa, tenaga dan harta akan banyak dihabiskan untuk tujuan itu.
Aku kadang-kadang tidak mengerti akan perangai manusia ini. Suka mengambil jalan yang susah walhal banyak lagi jalan lain yang terbentang luas. Namun begitu aku akur bahawasanya aku juga tergolong dalam golongan ini. Golongan yang degil ini. Itulah yang dinamakan penangan perasaan yang membuat aku dan juga adik ipar aku mengambil keputusan untuk menyunting bunga yang jauh dari kampung halaman. itulah yang dinamakan keinginan untuk menyemai kasih dan sayang bersama insan tersayang sehingga membuatkan kami tekad untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup yang mendatang.
Semoga keputusan ini mendapat berkat dariNya dan iparku dapat mengatur hidupnya dengan sebaik-baiknya. Semoga penyatuan dua jiwa ini membawa kebaikan dan kebahagian untuk kedua-dua buah keluarga. Amiiinnn...
Saturday, November 3, 2018
Doaku Untuknya
Alhamdulillah si gadis kecil ini akhirnya berjaya menemukan pasangan hidupnya. Jalan ceritanya tidaklah serumit drama cinta tv tiga namun ianya tetap akan meninggalkan kenangan yang akan menghasilkan senyuman apabila dikenang.
Sangat sukar untuk ayah melepaskan anak gadisnya, bimbang-bimbang anak gadisnya tidak dihargai sepenuhnya oleh sang suami. Begitu jauh bezanya penerimaan ayah sewaktu aku melafazkan keinginan aku untuk berkahwin berbanding adik aku. Ayah seakan-akan terlalu over-protective. Itulah sikap ayah apabila anak-anaknya berhadapan dunia luar. Naluri seorang ayah yang sentiasa cuba untuk melindungi anak-anaknya semampu mungkin. Semoga kami sekeluarga bersyukur dan redha dengan ayah, kurniaan tuhan yang satu ini atas segala kekurangan dan kelebihan yang dimilikinya.
Aku berharap kak banyak bersabar dalam melayari rumah tangganya. Aku yakin dan pasti dia akan berhadapan banyak ujian terutama dengan keadaan kerja yang menghakis tenaga fizikal dan mentalnya. Namun itulah ujian hidup yang bukan hanya kak, tapi semua wanita bekerjaya hadapinya. Aku bersyukur kak menemukan seorang insan yang pada pandangan pertama aku kena dengan apa yang dimahukan oleh kak. Semoga mereka berdua sekufu dan mempunyai fikrah yang sama dalam mengemudi bahtera hidup ini agar ianya belayar lurus dan terus ke syurga.
Semoga segala persamaan dan perbezaan antara dua keluarga ini akan membawa rahmat dalam kami mengenal dan mempelajari erti hidup ini. Amiiinnn

Hatcheri
Dari sebuah kehidupan di ladang ternakan ayam, kini aku beralih ke pusat penetasan ayam oleh sebab perancangan pihak pengurusan yang sentiasa berubah. Sudah setahun pertukaran tempat kerja ini terjadi dan sudah setahun juga aku cuba untuk mendidik dan memupuk minat terhadap suasana baru ini. Bagiku suasana di tempat baru ini kurang mencabar dan agak membosankan berbanding di tempat lama aku.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa banyak juga ilmu baru yang telah aku pelajari disini. Aku mendisiplinkan masa, mengatur kerja dan juga menggilapkan lagi skil menguruskan manusia. aku juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru, berhadapan dengan karenah dan telatah akak-akak, mak cik- mak cik dan juga abang-abang. Dan satu perkara yang aku pasti, semua tempat kerja mempunyai politik yang tersendiri. Terpulang kepada ketua di tempat masing-masing untuk menguruskannya. Disini juga sedikit sebanyak aku cuba untuk belajar bahasa Hindi.
Aku tidak tahu berapa lama lagi aku dapat bertahan disini. Mereka inilah antara penguat hati untuk aku terus berkhidmat disini.
Andai ruang dan peluang terbuka untukku, pasti aku akan berkelana ke tempat baru bagi mengkayakan lagi ilmu dan pengalamanku dan juga sebagai perancangan untuk aku sebumbung dengan buah hatiku. InsyaAllah...
#sungguh aku kaku dan beku untuk berbicara setelah lama tidak mencoretkan rasa di ruang ini.
Wednesday, October 24, 2018
Kisah Rokiah
Rokiah menyepak-nyepak helaian daun yang berguguran dihadapan rumahnya itu. Dedaun jambu air yang berwarna kekuningan itu dikumpul-kumpul dengan kakinya disuatu sudut. Akan dibakar apabila betul-betul kering nanti kelak. Jambu-jambu yang sudah masak dan lembik bertaburan disekeliling pokok jambu itu. Rokiah memandang sepi pada jambu-jambu yang sudah buruk dan dihurungi lalat dan juga beberapa spesis serangga yang Rokiah sendiri tidak pasti jenisnya. Rokiah mendongak dan melihat masih banyak buah jambu yang berada di atas pokok. Ada yang baru kemerah-merahan dan ada juga yang sudah merah menyala menanti untuk dipetik dan dimakan. Namun ada juga yang masih putik yang sedang gugur rambu-rambu bunga jambunya.
Rokiah termenung seketika melihat melihat kepelikan jambu ini.
"Mengapa tidak sekali terus masaknya. Terlalu jauh beza. Berada pada pokok yang sama, suasana yang sama. Ah pendek kata semuanya sama," getus hati Rokiah.
Sama juga dengan manusia. Setiap orang pasti akan melalui detik masa yang berbeza. Setiap orang pasti akan mempunyai tingkat pembelajaran dan pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang fizikalnya matang dahulu, ada yang fizikalnya matang kemudian.
Ada yang belajar dahulu, ada yang belajar kemudian.
Ada yang bekerja dahulu, ada yang bekerja kemudian.
Ada yang berkahwin dahulu, ada yang berkahwin kemudian.
Kahwin. Ya kahwin. Persoalan ini sangat memberatkan benak otak Rokiah. Manakan tidak. Usianya yang sudah mahu menginjak 30 an tapi masih solo. Rokiah yang masih tidak mempunyai pasangan hati ini sentiasa perlu berwaspada dengan asakan bertalu-talu pertanyaan berbisa rakan-rakan dan juga saudara-mara. Hati Rokiah memberontak setiap kali mendapat undangan perkahwinan daripada saudara-mara dan juga rakan taulan.
"Kenapa mesti dia, kenapa bukan aku dahulu?' itulah persoalan yag selalu bermain di fikiran Rokiah.
Acap kali Rokiah mengeluh apabila mengenangkan situasi dia berada sekarang. Mana mungkin untuk dia berkenal-kenalan dengan sang lelaki jika seluruh hidupnya banyak dihabiskan di reban ayam.
Rokiah seorang usahawan dibidang ternakan. Permulaan dia menceburi bidang ternakan dulu, bukan sedikit yang mencemuhnya. Ada-ada saja komen yang tidak sedap didengar datang dari kawan-kawan, saudara-mara dan juga keluarganya sendiri. Namun dia nekad untuk meneruskan usahanya. Dan sekarang hasilnya dia berjaya menambah ternakan ayamnya dari 25k kepada 100k. Usahanya kini membuka mata banyak pihak. Banyak pihak yang memuji dan keluarganya sendiri tumpang bangga dengan kejayaannya.
Namun begitu, dia telah menjadi seperti katak di bawah tempurung, hidupnya hanya di reban ayam yang jauh terperuk didalam ladang kelapa sawit. Kerana itulah hatinya masih sepi tanpa penghuni. Rokiah mengurut-ngurut kepalanya. Pening bukan kepalang lagi rasanya apabila memikirkan perkara ini. Sejak kebelakangan ini Rokiah perasan dia mula mudah lembut hati dan banyak melunakkan suara dengan pekerja-pekerja lelakinya. Dulu tidak begitu. Adakah mainan perasaan serta hormon badan yang memungkinkan untuk dia berperangai sebegitu?
Ah, Rokiah buntu. Dia menyepak jauh sebiji jambu busuk berhampiran kakinya lalu melabuhkan punggung gebunya di pangkin dihadapan rumahnya. Dia menyandarkan badannya pada sandaran kayu pada pangkin tersebut lalu perlahan-lahan menarik nafas panjang. Dia menahan nafas seketika sebelum menghela nafas sekali dengan satu keluhan panjang.
Dia memejamkan mata sambil memikirkan situasinya sekarang. Dia terbayangkan pekerja-pekerjanya. Ada yang hensem, ada yang cerah, ada yang gelap dan ada juga yang pandai bermain kata, mengambil berat akan dirinya persis sang suami melayani seorang isteri. Rokiah mengerti dia sekarang tiada pilihan calon suami. Hanya pekerja-pekerjanya sahaja didepan mata. Sudah pasti apa yang ada depan mata menjadi pilihan. Apabila sudah tiada pilihan, yang biasa-biasa pun jadi intan permata. Ibarat jambu yang bertaburan itu juga. Bila sudah banyak macam tu, dibiarkan saja membusuk tapi jika hanya beberapa biji di atas pokok itu, pasti saban hari diintai dan dinanti
Rokiah tergelak seorang diri sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Apa bodohnyalah aku ni. Terfikir yang bukan-bukan," jadi betul baru tahu.
Rokiah bermonolog seorang diri. Rokiah mengakui dia seorang perempuan yang lemah. Terlalu mudah dipujuk rayu, terlalu mudah tewas pada permainan seorang lelaki.
Razi. Itulah nama jejaka seberang yang pernah menakluk jiwa dan raganya. Razi merupakan pekerja Rokiah yang paling rapat. Dia banyak membantu Rokiah, menolongnya menguruskan ladang ternakannya. Pada hemat Rokiah, Razi sangat baik. Kata-katanya sangat menghiburkan hati. Falsafah hidup yang diceritakan sangat menarik minat Rokiah. Kata-kata Razi semuanya dirasakan betul.
Lantaran itu Rokiah mula bercinta dengan Razi. Rokiah tidak tahu mengapa. Walaupun Razi sudah beristeri, Rokiah tetap tertarik dengannya. Dan sudah pasti hati dan perasan yang sudah kelabu ini mengatakan Razi seorang yang sangat baik. Rokiah tidak pernah terfikir akan hinanya seorang suami yang merantau mencari rezeki untuk anak isteri cuba bermain cinta dengan gadis lain. Rokiah juga tidak pernah terfikir akan hinanya seorang gadis yang cuba menagih cinta seorang suami yang merantau demi masa depan anak dan isterinya.
Rokiah menggelengkan kepala sambil mengenangkan kebodohannya. Modal Razi hanyalah cinta, hati dan perasaan yang kononnya tidak mampu ditahan. Rokiah juga hampir terlanjur dengan Razi. Mujurlah hanya ciuman yang sempat singgah di bibir mulusnya sebelum dia sendiri yang menolak ajakan Razi. Sungguh berbeza Razi yang sebelum ini dirasakannya sangat baik sanggup mengajak dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Sungguh tuhan pemilik alam ini masih sayang padanya. Sungguh tuhan tidak mahu Rokiah hanyut dibuai perasaan dan nafsu yang tak berkesudahan.
"Wahai diri, akal masih ada. Kenapa engkau tidak mahu berfikir," kata hati Rokiah.
Razi dan Rokiah berpisah apabila Rokiah berpindah ke tapak ladang lain manakala Razi mengikut kata hatinya berkelana ke tempat lain. Tiada langsung usaha untuk Razi mencari tempat kerja yang dekat dengan Rokiah. Rokiah hampa.
Sudah perangai manusia, jika tekanan hidup menguasai diri, keputusan yang diambil juga pasti tidak akan selari dengan prinsip diri yang sebelum ini kononnya baik dan dihormati. Ianya terjadi kepada ramai manusia dan hanya yang benar-benar teguh akan kekal dengan falsafah hidup yang dicanang selama ini.
Rokiah bangkit dari pangkin apabila sinar merah sang mentari yang sudah hampir tenggelam diufuk barat menerjah matanya. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam rumah untuk bersiap menunaikan solat maghrib pula.
Rokiah sudah serik. Rokiah sudah benci dengan diri sendiri yang sangat mudah terawang-awangan apabila dipuji. Namun itu kisah dulu. Kini Rokiah sudah mengambil pengajaran. Bagi Rokiah sekarang pekerja adalah pekerja, buat silap akan ditegur di marah. Tiada lagi gurauan antara mereka.
Rokiah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rokiah tidak mahu diakhir nanti, sang lelaki hanya mengucapkan maaf dan berlalu pergi tanpa sedikit pun mengambil tahu akan perasaan hati yang sudah berharap dan menanti.
Dan jika ada pun yang berbasa-basi mengatakan bahawa diri Rokiah disayangi, merasa sangat kesal kerana tidak dapat menjaga perasaan hati Rokiah, namun hakikatnya sang lelaki tetap berlalu pergi, meninggalkan Rokiah terkapai-kapai seorang diri.
Apatah lagi warga seberang, pasti risikonya lagi tinggi. Sudah terlalu ramai yang tertipu dengan penampilan malaikat sang lelaki. Sanggupkah Rokiah menaifkan diri, menyanggupi diri untuk menghadapi risiko yang pasti kesannya akan diingat sampai mati?
Rokiah perlu bijak membuat pilihan. Rokiah tidak boleh terlalu mengikut kata hati, mengikut perasaan. Rokiah tidak boleh terpengaruh kisah cinta cerita sakti dongeng khayalan. Rokiah tidak boleh buta mata apabila frasa kuasa cinta mengatasi segalanya mengelabui jiwa.
Usai solat maghrib, Rokiah mengangkat tangan menadah doa agar tuhan mengampuninya. Agar tuhan mengurniakan yang terbaik untuk hidupnya. Amiiinn....

Monday, November 28, 2016
Untuk awak
Awak..
Sedari zaman
menuntut ilmu lagi diri ini sudah mengintai-ngintai akan kelibat awak. Saya
tidak dapat nafikan sebuah keinginan dan perasaan yang semakin lama semakin
menebal membalut hati saya. Namun saya cekalkan juga hati untuk menekan
perasaan ini agar ianya tidak menguasai jiwa dan raga saya. Saya cuba untuk
menganggap ini hanyalah sebuah mainan perasaan yang cuba untuk mengelabui akal
fikir saya. Alhamdulillah, tuhan berkenan untuk mengurniakan kekuatan kepada
saya agar memendamkan rasa ini. Sepanjang lebih 3 tahun saya berperang dengan
diri ini agar tidak meluahkan rasa yang mungkin mengganggu gugat jiwa awak.
Awak..
Masihkah awak
ingat, sewaktu belajar dulu, kita pernah sama-sama memberi minum susu kepada
anak lembu sewaktu praktikal di kluang?
Masihkah awak
ingat, sewaktu kursus ko-kurikulum bridget perdana di merang, sewaktu kita
semua dikehendaki meredah hutan kecil di waktu malam, sewaktu kita semua
berehat di tepi jalan, sewaktu saya sedang berbaring berlantaikan tar hitam,
awak yang kebetulan berada disamping mengipas saya dengan kipas kecil di tangan?
Masihkah awak
ingat, sewaktu belajar dulu, awak begitu berang apabila saya memanggil awak
kakak sehinggakan sanggup membaling anak-anak batu?
Masihkah awak
ingat, pernah kita sama-sama menyembelih ayam. Awak memegang dan saya tukang
sembelihnya?
Masih banyak
lagi kenangan yang bersisa andai mahu untuk saya segarkan kembali. Namun
biarlah setakat ini coret kenang-kenangan ini. Biarlah yang lainnya saya simpan
dalam benak ingatan. Biarlah saya tersenyum sendiri andai sekali-sekala ianya
muncul di tabir ingatan.
Awak..
Sesungguhnya
segala apa yang terjadi antara kita tidak pernah dirancang. Ianya seakan-akan
kebetulan. Kehendak kursus yang kadang-kadang memerlukan kita bekerja bersama
telah menghasilkan buah kenangan yang sungguh manis bagi saya. Namun begitu, tidak
pernah kita bergurau senda, berhilai tawa bersama. Terima kasih kerana tidak
membenarkan semua itu terjadi dulu. Terima kasih kerana tidak melayan saya yang
cuba untuk mengusik. Terima kasih kerana dingin terhadap saya. Terima kasih
kerana tidak melayan saya yang dahulunya berserabut menahan rasa. Terima kasih
kerana menjadi seorang yang bagi saya layak untuk dipanggil wanita. Wanita yang
menjaga apa yang perlu di jaga.
Awak..
Saya tidak
faham apakah yang istimewa sehingga hati ini terpaut. Sehingga hati ini
seakan-akan sudah tertutup untuk mengenali hati budi mereka yang lain.
Sehinggakan mereka yang lain yang cuba mendekati hanya dipandang sepi.
Kadang-kadang hati ini cuba menyelidiki apakah yang terlalu unik disitu. Apakah
halnya sehingga hati ini sukar untuk melepaskan? Mungkinkah keserdehanaan yang
terserlah dalam diri awak menjadi punca kepada segala kegalauan rasa ini? punca kepada sebuah keinginan yang sangat dalam ini?
Awak..
Setelah kita
berpisah sementara apabila tamat belajar, pernah juga hati ini berusaha untuk
membunuh segala rasa yang tercipta. Pernah hati ini cuba mendustakan diri
dengan mengatakan segala yang dirasa hanyalah sebuah permainan yang tidak
membawa erti apa-apa. Tidak sekejap juga saya berperang dengan perasaan ini
namun saya akhirnya tertewas. Dikala saya seolah-olah sudah melupakan, saya
telah dikhianati. Saya telah dikhianati oleh layar ingatan sendiri. Layar
ingatan itu menderhaka kepada tuannya dengan menayang kembali kenangan lalu
yang telah sekian lama ingin tuannya pendamkan.
Awak..
Di hari raya beberapa tahun yang lepas kenapa tiba-tiba awak memulakan perbualan dengan saya? Kenapa mesti awak bertanya akan khabar saya? Kenapa setelah sekian lama tidak berhubung, awak kembali menghantui diri ini? Walaupun hanya beberapa pesanan ringkas, ianya sudah cukup untuk menggegarkan jiwa dan raga saya. Ianya sudah cukup untuk menyegarkan kembali kenangan-kenangan lalu. ianya sudah cukup untuk memungkinkan kembali harapan-harapan masa lalu saya.
Awak..
Maafkan saya kerana sudah tidak mampu untuk memendam rasa. Perasaan ini sudah tidak mampu untuk ditahan lagi. Ya saya mengaku, saya lemah untuk terus memendam rasa ini seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dua hari panggilan saya tidak bersahut dan masuk hari raya ketiga awak menjawab panggilan saya. Terima kasih kerana sudi menjawab panggilan saya. Ianya salah satu peristiwa yang besar dalam hidup saya. Buat kali pertamanya, saya telah berterus-terang kepada seorang gadis akan perasaan saya. Ya, saya sukakan awak. Maafkan saya kerana telah sedikit sebanyak mengusik hati awak.

Saya sedar setelah membuat pengakuan itu, saya mula menghubungi awak. Walaupun tidaklah terlalu kerap, ianya sudah cukup untuk saya tahu dan mengerti bahawa awak sedang dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. terima kasih tuhan atas nikmat ini.
Namun begitu kadang-kadang saya keliru kerana setiap kali dihubungi reaksi awak tidak sama. Kekadang ceria, kekadang hambar. Sampai suatu tahap saya bimbang, awak tidak senang dengan cara saya menghubungi awak untuk bertanya khabar. Oleh kerana itu saya mula menjarakkan waktu untuk menghubungi awak. Saya mulai jarang menghubungi awak.

Dalam waktu setahun dua itulah saya mula mengumpul kekuatan diri dan keberanian serta sedikit ilmu untuk bekalan menghadapi segala macam kemungkinan yang bakal datang. Waktu ini juga saya berusaha untuk mengukuhkan kewangan agar segala perancangan yang bakal saya laksanakan tidak terkandas ditengah jalan. Masih banyak yang pincang dalam perancangan ini namun jika menunggu waktu yang sempurna, mungkin tiada kesempatan lagi bagi saya.
Awak..
Di saat saya bertanyakan awak untuk berkunjung ke rumah awak, saya sudah tekad, saya mesti pergi juga. Dengan atau tanpa keizinan awak sebab saya merasakan itu hak saya. Hak seorang pemuda untuk bertanyakan gadis pilihannya. Soal terima atau tidak itu yang soal yang kedua ketiga dan seterusnya. Saya tidak mampu menidakkan bahawa diri ini gementar namun apabila teringatkan diri awak, perasaan berani itu semakin menebal. Setelah mendapat izin kedua orang tua, saya pergi jua menemui ibu dan abah awak.
Awak..
Sungguh hati
ini sangat takut andai perasaan yang sudah sekian lama disemai ini tidak dapat
untuk bercambah dan seterusnya hidup subur dan mekar hingga akhirnya. Hanya
kepada tuhan saya pohon agar segala macam rasa ini dapat disatukan dalam sebuah
ikatan yang utuh dan teguh.
Awak..
Disaat menunggu
keputusan dari awak, hati ini berkecamuk dengan segala macam rasa dan pelbagai
prasangka bermain dalam kepala. Mujurlah sedikit sabar yang dikurniakan mampu
untuk menahan diri ini daripada bertindak diluar jangka.
Awak..
Setelah
mendapat tahu akan keputusannya, hati saya melonjak gembira bagaikan dunia ini
saya yang punya. Diri ini seakan-akan sudah gila ingin menggantung banner di
lebuh raya sebagai medium hebahan kepada semua.
Awak..
Namun begitu
saya juga gementar dan gelisah akan onak dan duri yang bakal mewarnai
perjalanan hidup kita. Saya takut andai helaian tipis sabar yang saya miliki
terkoyak dan akhirnya awak terluka.
Awak..
Akhirnya titik
mula perjuangan kita bersama sudah tiba. Terima kasih tidak terhingga atas
kesudian ini. Segunung penghargaan masih tidak cukup untuk menggambarkan betapa
syukurnya saya apabila seorang bidadari sudi untuk singgah dan terus menetap di
hati ini. Moga hatinya juga terbuka untuk saya fahami dan penuhi.
Awak..
Bergandinglah
bersama saya dalam menghadapi segala ranjau dalam kehidupan ini. Siapa tahu jika awaklah kekuatan yang tuhan kurniakan kepada saya? Siapa sangka jika awaklah asbab untuk tuhan kurniakan rezeki kepada saya? siapa mengerti jika awaklah yang tuhan datangkan untuk mengingatkan saya akan tanggungjawab dan amanah yang saya pikul terhadap orang tua kita, keluarga kita dan juga orang sekeliling kita? Siapa yang mampu faham akan semua hal ini kalau bukan kita?
Awak..
Usaha dan doa
pilihan kita dan hasilnya milik Dia..
Saturday, November 5, 2016
Sakhtivel
Kisah ini berkisar tentang kehidupan seorang pekerja ladang yang
berbangsa india dan beragama hindu. dan sebenarnya, jika rajin bertegur sapa, beramah mesra bersama pekerja-pekerja ini, akan tersingkap berbagai-bagai kisah hidup yang tidak disangka-sangka. yang membuatkan kita menginsafi diri. yang membuatkan kita bersyukur betapa bertuahnya kita di bumi ini. di tanah melayu ini.
Sakhtivel nama pemuda yang aku ingin ceritakan kisah ringkas hidupnya ini. Aku dengan tidak sengaja telah memulakan
perbualan dengannya setelah mendapat tahu bahawa beberapa bulan lagi dia akan
berhenti kerja dan terus pulang ke india. Aku agak hairan kerana dia masih
muda, kuat dan bertenaga untuk terus gagah bekerja menyara keluarga di India
sana.
Hampir dua belas tahun lelaki berkulit gelap ini bekerja di Malaysia.
10 tahun pertama dia bekerja di Malaysia, dapat dia membeli sebidang tanah dan
mendirikan sebuah rumah untuk keluarga kecilnya berteduh. Kemudiannya, dia
sambung bekerja selama 2 tahun di ladang ayam. Dalam jangka waktu itu, dia
dapat mendirikan sebuah kandang lembu dan membeli 7 ekor lembu untuk dibela dan
dibiakkan.
Kadang-kadang aku seperti berasakan mereka yang datang bekerja
di Malaysia ini sangat beruntung kerana dalam jangka waktu yang tertentu,
mereka dapat mengumpulkan harta di negara masing-masing.
Sakhtivel sedang gigih mencuci reban
Setelah rancak bercerita tentang keluarganya, sakhtivel mula
menyentuh kenapa dia perlu berhenti kerja dan pulang ke india. Sesekali sakhtivel
mengunyah tembakau yang sedia ada di dalam mulutnya lalu meludah liur pekat
berwarna keperangan.
Beberapa bulan lepas dia sebenarnya telah pulang bercuti di
india. Sebulan setengah selepas kembalinya dia ke Malaysia untuk sambung bekerja,
bapanya meninggal dunia. Sakhtivel tidak dapat pulang kerana kesempitan wang. Dia
sangat kecewa dan tidak beberapa lama selepas itu kekecewaannya bertambah
apabila ibunya pula sakit-sakit.
Sudah beberapa bulan dia kelihatan gelisah kerana ibunya
berkata bahawa jika ayahnya meninggal dia tidak pulang, pasti bila ibunya meninggal
dia juga tidak pulang. Semuanya kelihatan hambar dan tawar pada sakhtivel
selepas mendengar sendiri ucapan yang muntah dari mulut ibunya itu. Hilang selera
makan sakhtivel. Setelah beberapa lama sakhtivel nekad mengambil keputusan
untuk pulang. Baginya ibu lebih penting dari segalanya. Dia mahu pulang untuk
menjaga ibunya. Dia mahu pulang untuk menjaga keluarganya. Untuk urusan kerja,
itu semua boleh diatur kembali nanti.
Biarlah sakhtivel dengan keputusannya untuk pulang. Semoga itu
yang terbaik untuk dirinya. Namun begitu, di pihak kami di ladang, sudah pasti
terasa satu kehilangan. Kehilangan seorang pekerja yang tidak perlu dipertikai
akan keupayaan dan kudratnya untuk bekerja.
Thursday, November 3, 2016
Darinya Untukku
Di penghujung garisan ini… hati ini bukan sekadar mengharap awak mengucapkan kata-kata sabar..sebenarnya diri ini mengharap awak setia berdiri dibelakang memberi sokongan.. ingin bersama-sama beriringan melalui liku-liku kehidupan.. yg teguh dikala hati ini rapuh dilanda dugaan..
Di
penghujung garisan ini.. Diri ini telah berhenti mencari siapakah gerangan
pemilik hati ini.. yang sanggup terima segala episod gelap dan terang.. yang
sudi untuk mencari sebuah kesabaran dalam melayan setiap kerenah..
Dan…dipenghujung
garisan ini.. Telah ditemui insan yang bernama suami.. semoga kehadirannya
dapat menguatkan semangat yang pudar.. semoga bahagia jd milik kita.. Welcome
to my life dear husband...
Sebuah nukilan rasa yang sangat aku hargai. Aku tidak pasti
sudah berapa kali aku cuba menghayati setiap bait-bait kata ini. Dengan nukilan
ini, sekurang-kurangnya aku dapat lebih mendalami apa yang bermain dilubuk hati
kamu wahai isteri…
Dengan izin Nya, kita akan berusaha untuk hubungan ini…
Terima kasih atas secebis luahan hati untuk temanmu ini…
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala puji bagi tuhan pemilik alam. yang telah memberi keizinan terhadap hambanya ini untuk menggalas satu lagi amanah. Amanah yang jika tidak dijaga dengan elok, amanah yang jika tidak dipimpin sebetul-betulnya, mampu untuk mengheret aku ke neraka jahanam. Dan amanah ini juga jika kena dengan caranya akan membawa aku ke syurga. MasyaAllah...
Tanggal 3 september 2016 merupakan hari bersejarah untuk aku. Aku telah berhasil memberikan seorang menantu kepada mak dan ayah aku dan aku juga mendapat ibu dan abah yang baru. Adik-adikku mendapat seorang kakak ipar manakala aku mendapat beberapa orang adik ipar.
Dan untuk diriku, aku telah berjaya menamatkan pencarian bidadari hati ini.Aku telah berhasil mengikat sebuah perjanjian yang ingin dan mahu aku teruskan sehingga ke akhir hayat aku. Moga keinginan yang mendalam ini mendapat perkenan dariNya.
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"

Wednesday, November 2, 2016
Ikatan
Segala puji bagi tuhan yang menciptakan kita semua.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi aku satu lagi keizinan untuk melangkah. Tanggal 26/3 menyaksikan aku telah memeterai sebuah ikatan janji yang membolehkan aku untuk kenal dirinya dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah jika tiada apa halangan yang menimpa pasti kami akan terus melangkah ke fasa yang seterusnya.
Terima kasih bakal peneman hati kerana telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan bagi mengenal hati budi diri ini. Setelah bertunang pasti banyak dugaan dan cabaran perasaan yang bakal menguji. Aku mesti kuat untuk apa yang aku inginkan dalam hidup ini…
Wednesday, December 9, 2015
Rombongan
Dalam keadaan tertekan dengan kerja yang sarat di ladang,
seorang rakan sekerja mengajak aku menyertai rombongan kahwin di Muar. Aku tanpa
berfikir panjang terus bersetuju.
Kami di sambut dengan paluan kompang dan lagu-lagu rakyat
oleh pasukan warisan kesenian kompang kg sungai muda.
Aku tidak kenal akan siapakah gerangan pasangan mempelai
itu. Setibanya di halaman rumah pengantin, kami menuju ke khemah hidangan
makanan, acara-acara yang terjadi tidak kami hiraukan. Kami lebih tertumpu pada
hidangan yang disediakan.
Namun dalam entri ini, aku hanya ingin menekankan betapa
kami, rombongan pihak gadis berasa sangat diraikan dengan paluan kompang dan
hidangan yang enak. Pada yang mampu, mungkin boleh meraikan rombongan pasangan
anda dengan sewajarnya dan pada yang kurang mampu, berbuatlah yang seadanya. Jangan
dijadikan permulaan suatu kebaikan itu penuh dengan kesulitan.
Saturday, December 5, 2015
Menunggu
Dua minggu yang lepas adalah antara hari yang bersejarah
dalam hidup aku. Hari yang menyaksikan aku membuat keputusan yang besar dalam
hidup aku. Hari yang menyaksikan aku cuba untuk memberitahu kepada diri aku
sendiri bahawa aku sudah sedia untuk memikul beban dan tanggungjawab serta
komitmen yang berterusan sehingga ke akhir hayat aku.
Petang itu aku memulakan perjalanan aku untuk keesokan hari
punya misi. Dari selatan tanah air menuju ke negeri Selangor. Bermacam-macam
perkara bermain dalam kepala bercampur dengan sedikit gementar. Aku lebih
banyak termenung sambil merenung ke luar tingkap bas. Hujan renyai sedang
membasahi bumi tuhan ini. Aku ralit memerhatikan titisan hujan yang mengalir
perlahan-lahan menuruni permukaan kaca tingkap bas ekspress yang sedang sombong
membelah kegelapan malam ini.
Setibanya aku di TBS, aku turun dari bas lalu menuju ke
balai menunggu. Bermacam-macam kelibat manusia yang berada di sana. Ada yang
duduk berseorangan di atas kerusi. Ada yang terbaring tidur siap berselimut,
ada juga yang berjalan mundar-mandir tanpa arah tujuan. Aku hanya tersenyum
melihat gelagat mereka. Aku duduk termenung seorang diri sambil menunggu adik
aku datang menjemput.
Adik aku sampai. Kami terus memecut ke Bangi. Waktu
menunjukkan pukul 1-2 pagi. Masih banyak
remaja-remaja yang kelihatan merempit di sekitar lebuh raya. Masing-masing
beria-ria menunjukkan kejaguhan. Aku hanya tersenyum sumbing. Ini suatu perkara
yang tidak elok. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku dan adik aku singgah di
kedai mamak untuk makan sambil menonton tayangan bola sepak el classico. Kami
bersembang sambil sedikit sebanyak bercerita tentang diri masing-masing.
Tentang hidup dan juga tentang hati dan perasaan. Aku perlu akui, perkara
sebegini jarang berlaku.
Subuh menjelma sewaktu aku selesai makan dan menonton
bolasepak. Aku singgah di sebuah masjid untuk solat, membersihkan diri dan
berehat seketika sebelum aku pergi menyempurnakan misi aku. Perasaan resah dan
gelisah bermain di fikiran. Masalah tempat kerja, kewangan, keluarga dan misi
aku ini silih berganti bermain dalam akal fikir aku. Aku tidak dapat melelapkan
mata walau sekejap pun.
Apabila mentari mula garang memancarkan sinar, aku
bersiap-siap untuk melaksanakan misi aku. Misi yang hampir tertangguh oleh
kerana kepayahan untuk mendapatkan cuti dari tempat kerja yang sememangnya
sentiasa sibuk dengan pelbagai perkara untuk dilakukan.
Berkemeja hitam dan seluar khakis berwarna krim, aku
memulakan langkahku dengan bergerak menuju ke destinasi bersama adik aku dengan
sebuah kereta kecil yang disewa. Sedikit
lesu setelah menempuh perjalanan jauh dan tidak tidur semalaman. Aku hanya
termenung dan seakan-akan merenung apakah reaksi pihak yang bakal aku kunjungi.
Aku hanya tersenyum tawar dengan bebelan adik aku yang menyuruh aku bertenang
sedangkan dirinya sendiri yang tidak keruan.
Selepas zohor, kami sampai ke destinasi yang dituju. Aku sebenarnya
berkunjung ke rumah ibu-bapa seorang gadis yang telah lama mengusik hati ini. Gadis
yang mencuri tumpuan hati ini sejak enam
tahun lepas. Gadis yang pertama menghadirkan rasa ingin berpunya di hati ini. Gadis
yang sederhana. Gadis yang mendera rasa. Gadis yang tidak memberi tumpuan
terhadapku sebagaimana tumpuan aku terhadapnya. Gadis yang punya sifat keibuan.
Gadis yang air mukanya menenangkan jiwa. Gadis yang tidak mampu untuk aku faham
fiilnya. Inilah sedikit sebanyak yang boleh aku simpulkan tentang gadis ini.
Kami bercerita seperti biasa. Aku dengan adik aku serta
keluarganya. Si gadis aku tidak tahu ke mana perginya. Dari satu cerita ke satu cerita. Bertanya tentang
kerjaya, keluarga, sanak saudara dan sebagainya. Sedikit yang aku boleh
simpulkan ialah keluarganya menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Ibu
bapa dia ramah orangnya. Aku tidak merasa terlalu janggal dan kekok berhadapan
dengan mereka.
Dan kemuncaknya tiba apabila si ibu bertanyakan hajat aku
bertandang ke rumah mereka. Aku pun meminta izin agar si gadis turut serta
mendengar apa yang ingin aku perkatakan. Pada petang itu, dihadapan adik aku, dia, ibu,abah, adik serta
pakcik dan makciknya, aku meluahkan hasrat hati aku untuk menyunting si gadis menjadi
teman hidup aku. Dan jika dia dan keluarganya bersetuju, rombongan keluarga aku
akan menyusul selepas ini.
Alhamdulillah selesai sudah satu episod dalam hidup aku. Aku
pulang dengan perasaan yang lega. Lega kerana
aku telah meluahkan keinginan yang telah sekian lama terpendam dan bermain
dalam fikiran aku. Pada malam itu, aku
dan adik aku pergi bermain boling untuk melepaskan saki-baki rasa gementar dan
untuk aku meraikan kelegaan hati ini.
Dan tidak lama selepas itu, aku memberitahu gadis itu bahawasanya aku dan keluarga aku akan
redha dengan segala apa keputusan yang bakal diberikan oleh dia dan
keluarganya. Aku menyuruhnya mengambil sedikit masa untuk memikirkan tentang
aku, kerja aku, keluarga aku, kewangan aku dan jarak antara keluarga kami agar
tiada berbangkit masalah di kemudian hari. Buatlah pertimbangan yang
sewajarnya.
Sejak dari itu sehingga ke hari ini aku masih menunggu.
Menunggu dalam sebuah kelegaan rasa yang tidak berdasar dan bertepi.
Menunggu sebuah keputusan yang akan banyak mengubah hidup
aku.
Moga apa sahaja keputusannya, aku kuat untuk terima.
Moga aku redha dengannya.
Saturday, November 28, 2015
Terima Kasih Si Babi Hutan
Sebuah novel yang disangka hanya berkisar tentang perjalanan hidup apabila berpisah dengan anak kandung, konflik dengan mahkamah syariah dan balai polis. Setelah di baca, rupa-rupanya ia lebih daripada itu.
Sebuah novel yang bercerita tentang monolog dalaman penulis apabila dihentam dengan hebat oleh masyarakat sekeliling serta salah faham yang berlaku ke atas dia dan keluarga. Juga sedikit sebanyak menceritakan akan pertembungan ilmu fekah dan makrifah atau lebih tepat lagi dikatakan pertembungan antara golongan fekah dan makrifah. Ilmu yang benar ada ruang untuk dicemari oleh fahaman yang salah.
Sudah lama aku tidak membaca. Terbit suatu perasaan yang aneh seusai membaca novel ini. Sedikit sebanyak pengajaran yang diperoleh pasti akan dipraktik dalam hidup ini.
Rabi Thapa
Nama seorang pekerja Nepal yang berada di bawah seliaaan aku. Namun begitu dia terpaksa pulang kerana gagal pemeriksaan kesihatan. Dia disyaki menghidap kanser paru-paru tahap dua. Apabila aku mendapat berita ini, satu ketukan tepat terkena hati aku. Setelah lama bekerja bersama-sama, diwaktu aku mula serasi dengan dia, ini khabar yang aku terima. Ia sedikit sebanyak menggundah gulanakan perasaan aku. Rabi Thapa seorang pekerja yang sangat rajin. Pukul satu ke dua pagi masih berada di reban walaupun ianya bukanlah atas arahan aku. kerja-kerja lain juga tidak bertangguh dan mutu kerjanya juga tidak perlu untuk aku persoalkan.
Pernah sekali seorang bangla bertanya kepadanya
Monir: hei apa pasal you kerja rajin-rajin. gaji dapat sama juga.
Rabi: mesti kerja betul-betul. nanti bos suka, bos mau terus kerja. sini kerja ok. banyak tempat kerja susah. duit banyak habis. tada tuker kerja pun agent senang.
Pernah juga saya bertanya kepadanya tentang macam mana kerja disini.
Rabi: dulu agent hantar saya sini, cakap you kerja dulu satu bulan dua bulan. you tada tahan. saya hantar lain kerja. saya suka sini kerja. bos ok, kawan-kawan semua ok. tada gaduh-gaduh. curi-curi tada.
saya hanya tersenyum. betul, sememangnya suasana kerja disini aman dan harmoni.
banyak perkara yang saya belajar tentang nepal daripada dia. tentang jalan atau lebuhraya lereng bukit yang sempit dan dan sangat berbahaya, tentang pantang larang memakan lembu disana, tentang keadaan cuaca di sesetengah tempat yang ekstrim di nepal, pergolakan politik dengan kebanjiran orang hindustan, tentang makanan, buahan dan cara hidup disana.
Makan malam terakhir bersamanya sebelum dia berangkat pulang ke Nepal. Sedikit penghargaan atas kesungguhannya selama ini.
setiap insan yang hadir dan pergi daripada hidup kita sedikit sebanyak pasti akan memeberi peluang untuk kita belajar sesuatu daripadanya. tinggal hanya kita untuk mengambila pengajaran atau terus tidur bermain dengan angan-angan semata-mata.

Friday, July 31, 2015
Inspirasi
Kisah ini sudah beberapa bulan berlalu namun ianya masih
seakan-akan segar dalam fikiran saya. Kisah yang sedikit sebanyak memberi
inspirasi dalam saya menjalani hidup yang penuh dugaan rasa ini. Kisah yang
saya sukar untuk percaya kerana pelakonnya bagi saya bukanlah setekad itu untuk
menghasilkan kisah yang begitu berkesan memberi impak ke atas hati kecil saya.
Ya, saya sudah tersilap dalam mentafsirkan sikap dan keazaman sahabat saya ini.
Sahabat saya ini jika dilihat secara luarannya adalah
seorang yang pasif dan tidaklah terlalu agresif dalam membuat sesuatu perkara
ataupun keputusan. Dia juga seorang yang agak pendiam dan tidak banyak
bercakap. Dalam sebuah kesempatan yang dikurniakan tuhan, saya bertemu sahabat
saya ini disebuah kedai makan.
Kami duduk bercerita perihal keadaan masing-masing dan juga
bertanya khabar rakan-rakan yang lain. kami berbual-bual sehinggalah terkeluar
dari mulut salah seorang daripada kami akan topik berkenaan dengan jodoh.
Saya tidaklah terlalu seronok apabila berbicara soal ini
kerana saya tidak punya banyak cerita untuk dikhabarkan namun begitu sahabat
saya yang cukup sukar untuk berbicara hal peribadi itu telah membuat pengakuan
yang sangat memberi inspirasi kepada saya.
“aku sebenarnya pernah pergi minta anak dara orang. Yang
pertama, aku pergi minta gadis Pahang. Kau tahu aku tak pandai bercakap kan?
Aku rasa masa jumpa emak dengan ayah dia, aku bercakap macam orang bodoh. Tak
teratur langsung. Tapi maksud aku sampai. Aku nak menyunting anak dara mereka.
Macam-macam mana pun aku nak juga budak tu. aku nak berubah. Aku nak nikah. Nak
ada bini. Nanti senang apabila hati
tenang, nak fokus pada belajar pun senang. Ini tidak, asyik teringat perempuan.
Gadis tu dan keluarga dia minta sedikit masa untuk mereka berfikir sebelum
mereka buat keputusan. Akhirnya si gadis tu tolak aku. Itulah kali pertama aku
rasa kecewa. Perasaan dia memang sakit. Aku seperti orang mati hati, kontang
jiwa. Aku rasa macam bangkai hidup.”
Begitulah kisah sahabat saya ini. Dan perisitiwa ini berlaku
semasa dia masih belajar. Ya, semasa dia dan saya masih belajar. Semasa saya
masih terkial-kial untuk mengenal erti hidup, sahabat saya itu sudah jauh ke
hadapan mengorak langkah. Walaupun langkahnya terkulai di tengah jalan,
sekurang-kurangnya dia sudah melangkah. Dia sudah tahu dan dia mahu pergi ke
destinasi yang menjadi pilihan dia. Dia yakin akan rezeki yang tuhan telah
tetapkan untuk setiap insan bernama manusia.
“kali ini aku berkenan dekat orang Kelantan pula. Aku tak
pernah telefon bercakap dengan dia. Kalau berhubung aku mesej je. Aku bukan
pandai bercakap dengan gadis ni. Aku pergi berjumpa dengan emak ayah dia di
Kelantan setelah aku bagitahu dia aku nak pergi ke rumah dia dengan hajat yang
besar. Dia bersetuju untuk benarkan aku berjumpa dengan orang tua dia. Aku pun
pergi jumpa orang tua dia. Aku dengan tak pandai bercakapnya berjaya bagitahu
yang aku nak budak tu. aku tak tahu la apa mereka fikir pasal aku. Dengan
selekehnya lagi. Cakap pun tersekat-sekat. Dan aku tak sangka yang budak tu
dengan emak ayah dia terima aku…yeaayyyyy sungguh rasa hati aku waktu tu…tapi
lepas tu aku pulak ada masalah. Tempat kerja aku tiga bulan tak bayar gaji. Aku
terpaksa batalkan rancangan nak menikah dan bagitahu perempuan tu masalah yang
aku hadapi. Perempuan tu terima seadanya. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia.
Tapi aku rasa bersalah sangat dekat perempuan tu tapi aku tak boleh buat apa.
Tapi aku redha. Kali ni aku dah tenang sikit walaupun tak jadi nikah. Mungkin
pengalaman lepas banyak ajar aku. Sekarang aku dah tak fikir sangat pasal nikah
ni. Aku fikir nak cari duit je.”
Inilah dia kisah kedua sahabat saya yang jodohnya masih tak
kesampaian. Sewaktu menceritakan kisah ini dia sedang menganggur mencari kerja.
Sungguh berliku dan berbeza jalan hidup setiap manusia.
Kisah hidup sahabat saya ini sangat memberi inspirasi kepada
saya kerana dia sangat berani mengambil langkah dalam membentuk kisah hidupnya
sendiri. Keberanian yang lahir dari keinginan dia itulah yang sangat memberi
inspirasi kepada saya.
Semoga selepas ini, inspirasi yang di rasa mampu menguatkan hati saya untuk mendapatkan dan menggapai segala keinginan dan kemahuan saya dalam hidup ini. apabila semakin banyak pengalaman dan pengajaran yang saya alami di sepanjang perjalanan hidup saya ini, saya akui perjalanan hidup kita semua ini adalah suatu proses yang sentiasa memerlukan kita untuk belajar. saban hari, pasti akan ada benda baru yang kita tempuhi. saban hari, pasti akan ada pilihan-pilihan yang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Terserah kepada kita untuk menentukan jalan manakah yang hendak kita tempuhi dalam mewarna-warnikan hidup kita ini.
Monday, July 20, 2015
Si Kecil Molek
Hari itu, Syahir Saifuddin termenung dipangkin dihadapan rumahnya. Kelihatan seorang demi seorang staf sebuah kolej swasta di seberang jalan rumahnya pulang. Ada yang cantik dan hensem, ada yang hodoh, ada yang sekeping dan ada juga yang lebar. Ada yang berpakaian kemas, ada yang seksi semacam dan ada juga yang selekeh seperti sarung nangka.
Jam menunjukkan angka lima. Kebiasaannya bas muncul pukul lima lebih sedikit tetapi hari ini berdisiplin pula pemandu bas itu. Tepat pukul lima pula datangnya. Manusia berpusu-pusu menaiki bas tersebut dan kemudian bas buruk itu pun berlalu meninggalkan asap hitam berkepulan. Hadapan kolej itu mulai lengang dan ketika itulah kelibat seseorang menarik perhatian Syahir Saifuddin. Seorang gadis yang mungkin pelajar atau mungkin juga staf disitu. Tapi hati Syahir saifuddin kuat mengatakan bahawa gadis itu adalah seorang pelajar.
Gadis itu terkedek-kedek berjalan melepasi pintu pagar kolej tersebut. Dia melangkah longlai sambil kepalanya menunduk ke bumi. Mungkin sudah mengerti yang dia sudah tertinggal bas dan juga mengerti yang bas seterusnya hanya akan muncul pada angka enam.
“Bagaimanakah untuk menghasikan satu jam yang bermakna. Mungkin ini yang berlegar dikepala gadis itu”,telah Syahir saifuddin
Syahir saifuddin sengaja memerhati tingkah laku gadis tersebut. Bertubuh kecil molek. Berbaju kurung kemerahan yang berbunga merah. Sungguh ayu. Tapi bagi syahir saifuddin, jika dilonggarlabuhkan sedikit lagi pakaiannya, pasti bertambah sopan gadis itu. Jika diganti tudung yang agak singkat dan jarang itu dengan yang sepatutnya, pasti bertambah ayunya. Syahir Saifuddin tersengih-sengih seorang diri sambil menggaru-garu tubuhnya yang tidak berbaju itu.
Gadis itu berseorangan menunggu. Pasti sungguh memeritkan menunggu seorang diri tanpa teman. Syahir saifuddin berfikir untuk pergi menemani gadis itu.
“ Ah jangan kau menggila syahir saifuddin, dalam situasi sekarang, berseorangan lebih baik baginya, juga lebih baik bagimu, jangan cuba mencipta suasana yang memungkinkan fitnah melanda. Mungkin niatmu baik, mahu menemani tetapi adakah niatmu dapat dihidu manusia lain? Jangan hampiri dia, berduaan begitu akan menimbulkan syak, akan mengundang fitnah manusia berhati-perut kotor. Lagipun kau tiada apa-apa urusan dengannya. Apatah lagi engkau tidak mengenalinya.” Suara dalam diri Syahir Saifuddin membantah.
“Habis jika aku mengenalinya, rapat dengannya?” Syahir Saifuddin menduga.
“Ah tidak usah kau bermain kata. Janganlah menghampirinya. Walau rapat macam mana sekalipun engkau dengan dia, berhati-hatilah kerana ianya tidak mengubah hakikat bahawa dia seorang perempuan dan engkau seseorang lelaki. Jika kau masih menghampirinya, akan menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap engkau dan juga dirinya. Jika betul kau mengasihaninya, biarkanlah dia.”
“ Tapi niatku baik. Mengapa mahu terlalu memikirkan persepsi masyarakat. Bukankah segalanya bermula dengan niat? Lagipun bukannya aku bertepuk tampar dengannya. Pasti tidak timbul persepsi-persepsi yang tidak sedap didengar itu.” tingkah syahir saifuddin yang semakin keliru dan sangsi.
“ Mengapa memikirkan persepsi masyarakat? Syahir Saifuddin, kau mesti mengerti, kita hidup bermasyarakat, jika tidak mahu memikirkan persepsi masyarakat, hidup di hutan belantara bertemankan binatanglah jawabnya. Syahir Saifuddin, aku adalah engkau, engkau adalah aku dan aku tahu engkau juga syak, sangsi adakah betul apa yang ingin engkau lakukan ini. Baiklah Syahir Saifuddin, agamamamu adalah agama yang mengajar engkau meninggalkan perkara yang syak, syubhah untuk meninggikan imanmu. Lantas apakah yang ingin kau lakukan?”
Syahir Saifuddin mengalah lalu membatalkan niat mahu menegur, mahu menemani gadis itu. Biarlah dia sendiri. Tidak perlu dirisaukan kerana pengawal keselamatan kolej ada tercangak disitu. Lain pula jika keselamatannya tergugat jika dia berseorangan. Mungkin ada juga sebab yang relevan untuk dia menemani gadis itu. Syahir Saifuddin tersenyum sendirian memikirkan kemungkinan-kemungkinan hidup yang mungkin berlaku.
Rembang petang itu menjadi saksi betapa geramnya dia kerana sudah terlepas bas untuk mahu segera pulang ke rumah. Digertapnya gigi lalu dihentaknya kaki ke bumi. Dia tahu hanya gigi yang sakit, hanya kaki yang merana tapi mungkin itu satu cara yang berkesan untuk dia meluahkan kegeramannya.Gadis itu termenung sambil menongkat dagunya. Sesekali dia menguis-menguis kakinya ke tanah.
Dan ketika itulah sebuah kancil buruk keluar dari pekarangan kolej itu. Seorang lelaki kelihatan disebalik cermin gelap kancil itu. Mereka kelihatan bertegur sapa sambil tersenyum. Tidak berapa lama kemudian si gadis kelihatan menggeleng-geleng apabila lelaki itu membuka pintu keretanya lalu kancil buruk itu meluncur pergi bersama tuannya.
“Mungkin rakan si gadis agaknya.” congak Syahir Saifuddin. Tapi mengapa tidak ditumpangnya saja rakannya itu. bukankah itu lebih menyenangkan daripada termenung menunggu bas pukul enam petang. Sampai-sampai sahaja dirumah, pasti sudah hampir maghrib. Entah apa yang difikirkan gadis itu.” Syahir Saifuddin bermonolog. Dan monolog itu dijawab oleh suara dalamannya.
“ Syahir Saifuddin, mengapa engkau hanya memikirkan sebuah kesenangan tanpa memikirkan betulkah jalan yang diambil untuk mencapai kesenangan itu? Tidakkah kau lihat, jika gadis itu menerima pelawaan lelaki itu, bukankah ertinya mereka akan berdua-duaan didalam kereta itu?”
“Tapi mereka tidak berbuat apa-apa jauh sekali untuk bercanda. Bagaimana jika niat lelaki itu memang baik, hanya ingin menolong gadis itu?” balas Syahir Saifuddin.
“Baik atau jahat niat lelaki itu tidak mengubah kenyataan bahawa mereka pasti akan berdua-duaan dan sudah pasti setan bakal menjadi peneman mereka. Pernahkah niat yang baik itu mampu mengusir makhluk yang ketiga itu?” suara hatinya semakin bijak berbicara.
“Betul begitu tetapi tidak kasihankah terhadap gadis itu menunggu seorang diri? Wajarkah jika dia menumpang rakannya itu dianggap tidak elok?” soal Syahir Saifuddin.
“Entahlah Syahir Saifuddin. Engkau bayangkan jika gadis itu menerima pelawaan lelaki itu, apa yang akan difikirkan oleh mereka yang melihat? Pasti akan terdengar bisik-bisik yang kurang elok. Contohnya.” Eh semalam aku tengok si polan anak si polan tu naik kereta dengan lelaki” ... sudah pasti buruk tanggapan mereka kan? Dan yang lebih terkesan lagi, ianya sudah sedikit sebanyak mencalar maruah diri dan ibu bapa gadis itu. Engkau patut mengerti, perempuan sebelum kahwin menjaga maruah diri dan ibu-bapa, apabila bergelar isteri, dia menjaga maruah diri dan suaminya pula.”
Syahir Saifuddin termenung memikirkan intipati suara hatinya. Sepi seketika ruang dalam dirinya. Khali.
Sambil dia berkira-kira untuk melempar persoalan lain, suara hatinya terlebih dahulu memecahkan kesepian dalam dirinya.
“Tapi engkau tidak perlu runsing, tidak perlu khuatir Syahir Saifuddin. Bukannya tidak boleh untuk ditumpang rakannya itu. Jika keselamatannya tergugat, jika dia mempunyai urusan yang perlu disegerakan, jika bas tidak pasti ada ataupun tidak, ianya mungkin perlu, ianya tidak salah bagi gadis itu menumpang rakannya itu. Tapi kau sudah lihat sendiri, keselamatan gadis itu terjaga dan sudah pasti setiap hari akan ada bas pada pukul enam. Cumanya sekelumit pengorbanan yang diperlukan untuk menanti dengan sabar jam enam itu tiba. Bukankah orang selalu bercakap penantian itu suatu perjuangan?” soal suara itu.
“Betul juga kata-katamu. Mungkinkah si gadis kecil berbaju kurung berbunga merah ini berfikiran seperti itu juga. Aku pasti tidak ramai yang sanggup menunggu sepertinya.” Syahir saifuddin mengiyakan kata hatinya sambil menerbitkan rasa kagum terhadap si kecil molek berkurung merah itu.
Syahir Saifuddin tahu, itu semuanya bergantung atas keinginan, kemahuan masing-masing dalam menjaga apa yang perlu dijaga. Keinginan untuk menjaga iman senipis kulit bawang dari terus menipis dan terkoyak serta kemahuan untuk menjaga maruah diri dan orang yang tersayang dari tercalar oleh selumbar kehidupan.
Syahir Saifuddin meraba-raba pusatnya sambil menggaru-garu keruping yang sudah mula menggelupas di kepala lututnya yang tidak pernah aman dari palitan luka. Syahir Saifuddin sudah mula kesejukan ditampar bayu petang. Dia membetulkan boxernya yang hampir terlondeh lalu melangkah masuk ke rumahnya.
” Ah Syahir Saifuddin, aku dikerah berfikir yang baik, yang betul tapi engkau selalu cuba menidakkan buah fikiranku dengan tindakanmu. Kau perlu ingat, suaraku datangnya dari perahan akalmu. Kenapa terlalu sukar Syahir Saifuddin? Buruk benar memikirkan tubuhmu berboxer sahaja. Elokkah tubuh berjeragatmu dipamer dikhalayak umum?” getus sebuah suara hati yang hanya mampu bersuara.
Syahir Saifuddin melangkah longlai memasuki rumahnya. Ya, dia selalu memikirkan alangkah indahnya hidup bersyariat tetapi terlalu sukar baginya menterjemahkan fikiran itu dalam bentuk tindakan. Dan dia yakin dan pasti disinilah perlunya apa yang dikatakan sebuah perjuangan itu.
Aku akui
Andai dapat undurkan putaran dunia, kan ku ubah semula
kata-kata dan tingkah-lakuku….sekadar memetik ayat sebuah lagu. Begitulah manusia,
begitu ingin kembali membaiki diri, memperbetulkan kesilapan lampau. Entri pada
kali ini hanyalah untuk aku kenang kembali apa yang telah aku lakukan semenjak
empat lima tahun yang lepas sehinggakan aku merasa jiwa ini kosong. Jiwa ini
kosong dengan tiada pengisian yang sebenar-benarnya. Kemanisan ukhuwwah
berjemaah telah lama tidak dapat aku kecapi.
Aku akui,
Aku sekarang sangat jauh dari teman-teman yang suka untuk duduk
berbual-bual soal agama, berdiskusi perihal ketuhanan dan juga bersama-sama
menghadiri majlis-majlis ilmu. Sungguh jiwa aku terasa kosong. Aku terasa
sangat haus. Sehingga banyak aspek dalam hidup aku terganggu. Aku sangat
dahagakan ilmu, sangat rindukan usrah-usrah dan sangat mendambakan bimbingan
murabbi.
Aku akui,
Empat tahun di UniSZA telah aku sia-siakan dengan tidak
mencari teman mahupun Jemaah yang mempunyai fikrah untuk hidup beragama dalam
erti kata mengamalkan agama dengan sebenar-benarnya. Aku lebih banyak
berseorangan dan aku juga akui aku tidak pandai untuk mengajak rakan-rakan yang
lain untuk turut serta bersama aku mengamalkan agama. Aku hanyut dan membiarkan
rakan-rakan di sekeliling juga hanyut. Aku juga hanya memandang sepi
sifat-sifat terpuji yang terselit dalam diri setiap rakan-rakan aku tanpa
terfikir untuk mencontohi mereka.
Astaghfirullah, sedikit faham dan sedar yang dikurniakanNya
tidak aku guna sebaik-baiknya untuk menyeru orang disekeliling untuk dekat
padaNya. Amanah yang dikhianati…astaghfirullah.
Aku akui,
Semenjak meniti alam kerja di ladang ini, kesibukan dan
keletihan menjauhkan lagi aku dari fikrah untuk berjemaah. Ketiadaan masa dan
tiada saluran yang betul membuatkan aku hanya berkhayal, berangan untuk
menyertai sesebuah jemaah tanpa berbuat apa-apa.
Disaat tuhan memberi sedikit kesedaran ini, aku akan cuba
bangkit walau dengan apa cara sekalipun. Aku akan cuba untuk hidup. aku akan muhasabah
diri. Aku akan cuba untuk menyuburkan kembali sisi suci dalam hati agar ianya
tumbuh membesar dan keluar memecahkan kotoran hati dan kejelikan jiwa yang
sekian lama menimbus diri.
Aku akui,
Hanya dengan izinNya azam ini akan terlaksana…
Teman lama
Alhamdulillah
Di bulan puasa baru-baru ini aku telah dikurniakan sedikit
masa lapang untuk menziarahi seorang sahabat yang telah lama ingin aku temui,
ziarahi dan berkongsi cerita dengannya. Dari selatan tanah air, aku bergerak
menaiki bas menuju ke Kuantan. Perasaan hati ini memang berbunga-bunga kerana
ingin berjumpa teman lama dan juga selepas berjumpa dengannya, aku akan pulang
ke kampung tercinta.
Aku sampai di terminal bas yang baru di kuantan lima minit
sebelum waktu berbuka puasa. Usai berbuka dan menunaikan solat maghrib, aku
menunggu seketika sebelum teman aku tiba menjemput dengan Nissan almeranya.
Kami bertarawih di masjid kampus matrikulasi uia dan ini
merupakan tarawih dua rakaat pertama dan terakhirku di bulan ramadhan ini. Selesai
solat, kami menuju ke medan selera Ana Ikan Bakar untuk menjamu selera. Satu perkara
yang menggeletek hati aku ialah teman aku ini masih lagi dengan perangai
lamanya sewaktu sekolah dulu iaitu nafsu makannya yang sungguh buas.
Malam itu kami makan nasi, udang butter, sup ekor, siakap
bakar sambal petai, sotong masak halia dan juga satu jag jus buah. Alhamdulillah
dan kami akhirnya tersandar seperti lembu kekenyangan selama beberapa ketika
sebelum kami meneruskan perjalanan menuju ke bazar ramadhan yang menjual
pelbagai barang keperluan menjelang lebaran.
![]() |
| gambar hiasan |
Menjelang malam, kami bercerita perihal kerjaya
masing-masing. Cabaran dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Aku akui skop
kerjaya kami jauh berbeza. Seorang itu kerjanya mendidik manakala yang seorang
lagi kerjanya menternak ayam. Banyak perkara yang kami kongsikan. Satu malam
berkongsi cerita memang tidak cukup buat kami.
Pada malam itu juga kami meluahkan persaan hati
masing-masing. Aku dengan cerita kisah cintaku dan dia dengan cerita kisah
cintanya. Dua buah cerita yang sangat berbeza namun diakhirnya kami berdua
bersetuju dalam menyimpulkan bahawa seandainya belum ada ikatan yang sah, kami
perlu berpada-pada dalam membina
hubungan kerana apa erti ikatan yang dibina andai jauh dari redhaNya. Kami akan
menelan segala pahit dan ranjau dalam perhubungan andai orang yang disebelah sana tidak bersetuju dengan pendirian
kami. Keteguhan ini berdasarkan pada apa yang kami alami, pelajari dan fikrah
yang tuhan bagi pada kami dalam mengenal mana yang hak dan batil.
Keesokannya aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu
untuk pulang bertemu keluarga tercinta. Kami bersalaman dan berpelukan sebelum
masing-masing membawa haluan sendiri. Dalam hati aku tertanya-tanya, bilakah
lagi ada kesempatan untuk kami bertemu. Semoga masing-masing berada dijalan
yang diredhaiNya…
Terima kasih Allah untuk kesempatan yang seketika ini.
Sebuah rasa di hari raya
Hari raya puasa yang pertama tanpa keluarga disisi pada
tahun lepas aku sambut dengan perasaan biasa sahaja. Kadang-kadang datang juga
rasa gembira kerana dapat merasai pengalaman baru beraya ditempat orang
walaupun raya aku hanya didalam ladang ayam. Tidak dapat melihat suasana
sebenar raya yang sibuk dengan manusia berziarah.
Untuk tahun ini juga aku tidak dapat pulang beraya oleh
kerana tuntutan kerja yang memaksa aku untuk menghadirkan diri ditempat kerja. Aku
beranggapan semua ini hanyalah seperti tahun sebelumnya. Namun sangkaan aku
meleset. Menyambut hari raya di perantauan berseorangan mewujudkan sepi yang
tidak sedikit dalam diri aku. Aku yang dulunya sangat kurang aktif dilaman
sosial facebook dan whats app kini merupakan antara pengguna yang aktif. Penangan
sepi sangat berkesan untuk mengubah diri.
Mendengar takbir raya, melihat live update dari keluarga,
rakan dan sanak saudara menimbulkan rasa rindu dan sedih yang bukan kepalang. Dua
tahun berturut-turut tidak dapat bercakap telefon di pagi syawal dengan mak aku
oleh sebab emak aku yang menangis tidak dapat menahan sebak sangat meruntun
hati aku. Aku mendapat pengalaman
pertama makan mi segera di hari raya pertama. Oh rindunya pada pelita, damar(tempurung
yang disusun dan dibakar) dan suasana hari raya. Juga rindu pada mereka yang
mengharapkan aku berada di depan mata.
Emak aku juga beritahu, aku bukan lagi anaknya jika tidak
balik beraya pada tahun akan datang. Aku hanya tertawa kerana aku tahu itu
hanya gurauan semata-mata. Namun begitu aku mesti meletakkan dalam fikiran aku
bahawa gurauan itu terhasil dari sebuah rasa kecewa, sedih dan harapan menggunung
untuk melihat kelibat anak sulungnya di hari raya.
2 atau 3 bulan sebelum raya, ayah aku menyuarakan hasrat
untuk membakar lemang kerana aku mengatakan aku mungkin berpeluang untuk beraya
dikampung. Pada bulan puasa, ayah aku membatalkan hasratnya kerana aku tidak
dapat pulang beraya. Katanya dia mahu aku ada bersama sewaktu membakar lemang. Dia
mahu mengajar aku agar warisan ini sentiasa ada dalam keturunan. Apa lagi mahu
aku katakan? Aku hanya diam.
Hati ini semakin cemburu melihat gambar yang pelbagai di
laman internet disertai cerita-cerita yang membawa maksud bahagia. Tidak kurang
juga gambar-gambar rakan beserta keluarga, rakan-rakan yang baru berbini dan
juga rakan-rakan yang baru menimang cahaya mata. Semua ini hanya mendera rasa
hati aku.
Secebis tulisan ini bukanlah untuk menggambarkan keluhan
insan hina seperti aku ini terhadap segala nikmatNya, tetapi hanyalah sebuah
perkongsian rasa untuk menjemput damai agar sudi untuk bertandang ke jiwa kecil
aku ini.
Hargailah detik yang dikurnia andai dapat bersama walau
seketika.
Selamat hari raya semua
Selamat hari raya semua
Ampun ya Allah…
Subscribe to:
Posts (Atom)