Alhamdulillah,
Dengan nikmat tuhanku, aku masih lagi mampu untuk hidup
seperti biasa, normal tanpa sebarang halangan yang menyesakkan.
Kedatangan bulan april 2015 sangat aku nantikan. 4 April
merupakan tarikh keramat untuk aku berkumpul kembali bersama-sama teman sewaktu
sekolah menengah dulu. Alumni kami telah mengadakan kejohanan futsal alumni
bagi tahun 1436H. Kesempatan ini kami gunakan untuk berkumpul pada malam
sebelumnya untuk mengeratkan silaturrahim antara kami. Pelbagai cerita suka dan
duka kami kongsikan. Masing-masing seperti tidak cukup mulut untuk bercerita
perihal masing-masing.
Dan aku berasa sangat suka mendengar cerita-cerita mereka.
Masing-masing sudah mula membina karier dan berjaya dalam hidup. Ramai yang
mempunyai kerja yang stabil, kereta jenama luar negara dan yang paling aku iri
hati, ramai yang sudah berkeluarga dan berzuriat.
Rakan-rakan aku juga sudah mula menunjukkan kematangan
masing-masing dalam berbicara dan ada diantara mereka yang sudah berjawatan
besar dalam organisasi masing-masing. Kami berbual-bual sehingga awal pagi
sebelum seorang demi seorang berundur untuk melelapkan mata.
Keesokan harinya, seawal jam 9 pagi. Kami mula beraksi menentang
pasukan senior dan junior. Suasana sungguh meriah dengan satu lagi program juga
dijalankan disana. Acara yang melibatkan PASTI. Selesai bermain futsal,
masing-masing mula mengundurkan diri seorang demi seorang.
Aku juga mula meninggalkan pekarangan homestay sesudah
membersihkan diri dan menunaikan solat.
Dalam perjalanan pulang, pelbagai
perkara bermain dibenak fikiranku. Aku terasa suatu perasaan iri hati dan
cemburu yang sangat tebal bermain didalam hati aku.
Manakan tidak, melihat semua rakan-rakan sudah berjaya dan
senang hati. Aku mengeluh sambil termenung di sepanjang perjalanan pulang. Aku mengeluh
mengenangkan nasib hidup. Aku mengeluh mengenangkan banyak impian yang tinggal
angan-angan. Aku mengeluh mengenangkan sedikit susah yang aku hadapi. Keluhan demi
keluhan yang diluahkan hanya menambahkan lagi beban fikiran.
Tersentak seketika…
Lalu aku beristighfar…
No comments:
Post a Comment