Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi untuk hari-hari yang
telah lepas, hari ini dan juga hari-hari yang mendatang kerana atas nikmat
kurnianya…..
Pada malam ini, aku tidak dapat melelapkan mata. Aku telah
mencuba sedaya upaya untuk tidur melayari alam mimpi namun mata aku, hati aku
dan perasaan aku seakan-akan tidak membenarkan. Nama dan perwatakannya bermain dalam
minda aku. Sedikit perasaan sayu mula menjalar di setiap pelusuk sangkar
perasaan aku. Bagi aku insan ini sungguh istimewa walaupun terdapat sesetengah
manusia yang tidak sependapat dengan aku.
Perasaan sayu yang semakin memberat ini melahirkan rasa hiba
dan sedikit sebanyak air mata bertakung di tubir mata aku. Masya Allah. Sungguh
agung tuhanku kerana walaupun tidak pernah bersua muka dan dia langsung tidak
mengenali insan kecil seperti aku ini, namun begitu sedikit perasaan aku berjaya
dicuri oleh insan ini.
Insan yang dikagumi ini banyak peranan dalam menjadi contoh
dan juga mengubah sistem hidup masyarakat ke arah yang benar, insya Allah.
Ya, aku merasa sedih atas pemergiannya namun aku juga berasa
gembira kerana dia telah kembali kepada penciptaNya.
Semoga roh arwah tuan guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dicucuri
rahmat.
Al fatihah
No comments:
Post a Comment