Dahulu saya pernah bekerja disebuah kilang menjahit pakaian. Saya bekerja disana sebagai sekuriti.
Rakan-rakan sekerja saya disitu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur. disana juga saya berkenalan dengan seorang gadis rupawan bernama Liza. Liza manis orangnya. Rupanya juga mampu mengalahkan sebilangan artis popular negara kita ini.
Saya selalu juga mendengar Liza meluahkan perasaan dan berkongsi cerita bersama rakan-rakannya. Kadang-kadang hati saya tercuit mendengar celotehnya terutamanya apabila berkait kehidupan. falsafah hidupnya kadang-kadang langsung tidak mendapat persetujuan hati saya. Namun begitu saya hanya mendengar. langsung tidak terniat dihati saya untuk membangkang kata-kata Liza yang saya sememangnya tahu suka bercakap kasar. Keceluparan mulutnya memang menggelikan hati saya. Anugerah rupa yang diterima langsung tidak boleh dipadankan dengan butir-butir kata yang muntah dari bibir mungilnya.
Suatu hari saya terdengar Liza bercerita berkenaan hubungannya dengan kekasihnya yang merupakan seorang yang berdarah kacukan pakistan. Liza mengaku bahawa dia tidak pernah hipokrit dengan kekasihnya. Perwatakannya masih sama dihadapan mahupun dibelakang kekasihnya. Dia juga menyatakan cara percakapannya juga sama. Dia tidak mahu hipokrit kerana dia merasakan dia perlu jujur sejujurnya dengan kekasihnya itu.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin bertanya kepada semua dan juga diri saya, apakah itu hipokrit. Dalam pandangan saya, hipokrit itu boleh kita tafsirkan sebagai perbuatan berpura-pura baik dimana si pelaku mempamerkan keadaan diri yang berbeza dengan sikap sebenarnya.
Ya, betul. kita tidak perlu hipokrit kerana ianya sikap yang keji. namun saya sedikit terkejut apabila Liza mengatakan bahawa dia juga tidak pernah mengubah cara percakapannya dihadapan kekasih hatinya. Bukankah terlalu kasar cara dia bercakap? Bukankah tidak sesuai jika kita berkomunikasi dengan kasar dengan orang yang kita kongsi kasih?
Bagi saya, apabila bersama-sama orang yang kita sayangi, yang menjadi teman hati sehidup semati, bukankah perlu untuk kita melembutkan tutur kata, menjaga tingkah laku kita agar benih kasih yang disemai itu terus subur tumbuh memayungi hidup kita?
Dan bukankah itu juga fitrah manusia yang bercinta, untuk saling menjaga hati dan perasaan agar sakinah itu hinggap dijiwa kedua-duanya?
Alangkah indahnya bunga-bunga cinta itu andainya perasaan malu menjadi perhiasannya?
Celoteh ini sebenarnya hanyalah untuk Liza mengerti, untuk Liza berlembut dengan teman hatinya.
p/s sudahkah saya mempunyai seseorang untuk saya berlembut dengannya?
Sunday, August 3, 2014
Saturday, May 31, 2014
Aku perlu
Takziah diucapkan kepada kerabat diraja Perak dan juga
seluruh rakyat negeri Perak atas kemangkatan sultannya, Sultan Azlan Shah
Sesungguhnya berita ini sedikit sebanyak menimbulkan
perasaan sayu dalam hati aku. Kematian seorang pemimpin pastilah meninggalkan
kesan yang mendalam di hati rakyat jelata khususnya rakyat di negeri Perak.
Dan seruan untuk menyedekahkan al fatihah berkumandang di
corong radio, di kaca tv dan juga laman sosial dan surat khabar. Itu belum
dikira dengan seruan yang dibuat di masjid, majlis-majlis dan sebagainya. Sungguh
beruntung pemimpin-pemimpin yang dikenali, dihormati dan disanjungi ramai ini.
Aku juga, pada malam itu mendengar alunan bacaan yaasin yang
diputarkan di stesen radio tempatan dan semuanya disedekahkan kepada almarhum
sultan. Pasti ramai yang bersedekah al fatihah untuk almarhum sultan. Alhamdulillah.
Indah.
Semua perkara ini membuatkan aku terfikir seandainya
kematian itu menjemput manusia biasa seperti kita, seperti aku. Adakah nasib
aku akan sama seperti para pemimpin ini? Disedekahkan dengan suci al quran oleh
ribuan muslim?
Bagiku, jawapannya pasti tidak. Jadi, mampukah dengan
secebis amal setimbun dosa yang kita lakukan ini, membawa kita kepada aman di
dalam kubur dan di akhirat sana?
Hanya mengharapkan doa-doa dan ayat-ayat suci al quran dari
orang disekelilinglah untuk sedikit sebanyak membantu kita. Oh, maafkan aku. Untuk
membantu aku, bukannya kita.
Aku mengambil sedikit masaku untuk dimanfaatkan bagi berfikir
tentang orang disekelilingku. Sudikah mereka untuk bersedekah kepadaku? Adakah kehadiran aku selama ini disisi mereka
mampu melembutkan hati mereka untuk membaca ayat-ayat suci untukku?
Astaghfirullah…Ya Allah, lembutkanlah hati-hati orang disekelilingku
untuk bersedekah kepadaku akan ayat-ayat sucimu seandainya aku pergi dahulu
sebelum mereka. Hanya Engkau yang tahu betapa perlunya aku akan hal ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)