Alhamdulillah
Segala puji bagi tuhan pemilik alam. yang telah memberi keizinan terhadap hambanya ini untuk menggalas satu lagi amanah. Amanah yang jika tidak dijaga dengan elok, amanah yang jika tidak dipimpin sebetul-betulnya, mampu untuk mengheret aku ke neraka jahanam. Dan amanah ini juga jika kena dengan caranya akan membawa aku ke syurga. MasyaAllah...
Tanggal 3 september 2016 merupakan hari bersejarah untuk aku. Aku telah berhasil memberikan seorang menantu kepada mak dan ayah aku dan aku juga mendapat ibu dan abah yang baru. Adik-adikku mendapat seorang kakak ipar manakala aku mendapat beberapa orang adik ipar.
Dan untuk diriku, aku telah berjaya menamatkan pencarian bidadari hati ini.Aku telah berhasil mengikat sebuah perjanjian yang ingin dan mahu aku teruskan sehingga ke akhir hayat aku. Moga keinginan yang mendalam ini mendapat perkenan dariNya.
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
Thursday, November 3, 2016
Wednesday, November 2, 2016
Ikatan
Segala puji bagi tuhan yang menciptakan kita semua.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi aku satu lagi keizinan untuk melangkah. Tanggal 26/3 menyaksikan aku telah memeterai sebuah ikatan janji yang membolehkan aku untuk kenal dirinya dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah jika tiada apa halangan yang menimpa pasti kami akan terus melangkah ke fasa yang seterusnya.
Terima kasih bakal peneman hati kerana telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan bagi mengenal hati budi diri ini. Setelah bertunang pasti banyak dugaan dan cabaran perasaan yang bakal menguji. Aku mesti kuat untuk apa yang aku inginkan dalam hidup ini…
Subscribe to:
Posts (Atom)

